Saturday 7 August 2010

Warga Islam terbaru Lanas -Nur Aliya Misra











Alhamdulillah..

pada hari ini(7-08-2010) sekitar jam 3.00 petang telah diadakan satu majlis pengislaman Saudara baru iaitu Saudari Misra.. selamat di Islamkan dengan nama barunya yang di persetujui ialah Nor Alya Misra...semoga dengan penambahan ini akan mendatangkan berkat dan kegemilangan kepada cahaya Islam di lanas...InsyaAllah

mencari kayu di hutan untuk membuat penambahbaikan surau











Assalamualaikum..

Demi memenuhi aspirasi agama untuk melahirkan generasi bertaqwa...Pihak pengurusan Darul atiq sudah sebulat suara bersetuju untuk mewujudkan sebuah kelas agama merangkap serambi surau...kelas agama ini akan dibina seringkas mungkin..menggunakan kayu yang akan di cari di hutan berdekatan dan akan menggunakan lantai buluh...memandangkan pihak kami masih belum mempunyai sebarang dana untuk membangunkan kelas ini...mungkin ia akan tergendala, tetapi kami akan sedaya upaya untuk berusaha mendapatkan dana tersebut....

antara yang kami paling perlukan ialah paku dan zink sekitar 50 keping..

kepada yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Ustaz mohd isadli melalui emailnya : tulisbaca83@yahoo.com....

Thursday 5 August 2010

Kembara Dakwah









salam

Antara program yang telah berjalan dan akan sentiasa berjalan di Surau Darul Atiq ialah program Kembara Dakwah..program ini bertujuan memberikan kefahaman Islam kepada masyarakat belum Islam* di samping menunjukkan akhlak yang mulia kepada warga belum Islam dengan menziarahi kediaman mereka dan bertanya khabar.Dan yang paling penting mereka akan dijelaskan tentang keindahan dan keistimewaan Islam yang lengkap.. semoga program ini akan terus berlangsung dan berlaku InsyaAllah...

* Jawatankuasa Surau bersetuju untuk menukarkan istilah Bukan Islam kepada Belum Islam

Monday 2 August 2010

MESYUARAT KHAS SURAU

insyaAllah satu mesyuarat khas surau akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

tarikh :04-08-2010
masa: lepas isyak
tempat:surau

agenda:
1-ucapan pengerusi
2-menentukan tarikh gotong royong penambahan surau
3-perbincangan kad islam /kad nikah islam kawasan Lanas
4-membincangkan aktiviti sepanjang Ramadhan

semua ummat islam dijemput

tukang ajak
HAMZAH

Sunday 1 August 2010

SAUDARA BARU DARUL ATIQ-BAKAL TETAMU BARU RAMADHAN

Alhamdulillah...Dengan rahmat dan hidayah Allah bulan Ramadhan pada tahun ini cukup bermakna untuk dua warga baru Surau darul Atiq iaitu saudara Mohd Harmi bin Naring dan Saudara Hazirul Bin Kamis...kerana pada tahun ini mereka telah dipilih oleh Allah untuk menjadi muslim...



Mohd Harmi selamat di syahadahkan pada 27 Julai 2010




Saudara Mohd Hazirul selamat di islamkan pada 1 Ogos 2010...

Thursday 29 July 2010

PROGRAM KEMBARA YASIN

Alhamdulillah...program kembara yasin telah dirasmikan pada malam ini ( Jumaat 29 Julai 2010)..rumah pertama yang dilawati ialah rumah En Eson Bin Lupan

Pihak Pentadbiran Surau Darul Atiq mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang telah memberi sumbangan makanan untuk di jamu di akhir majlis tersebut...

antara tetamu yang menjayakan majlis tersebut ialah :
1- Azman Osman
2- Masni Osman
3- Hamzah Abdullah
4- Hazrul Owin
5-Mohd Harmi Naring
6-Mohd Isadlihafizie Ismail
7-Romie Kamis
8-Azmeer Osman
9-En Eson Lupan Sekeluarga
10-Syafiz Masni
11-Mohd Fikri Razi hamzah
12-Nandy

InsyaAllah majlis ini akan di teruskan setiap malam jumaat dengan mengembara di setiap rumah muslim setiap malam jumaat....soal makan jangan risau...surau akan sediakan......

PROGRAM SEKAMPIT BERAS UNTUK SAUDARA KU

ALHAMDULILLAH....pihak pengurusan surau Darul Atiq bersetuju untuk melancarkan program sekampit beras untuk saudaraku dengan tema....


" SEKAMPIT REZEKI SEJUTA SENYUMAN "

beras akan diberikan kepada saudara baru, masyarakat islam yang miskin dan mereka yang tidak berkemampuan...

sumbangan boleh dihulurkan samada berbentuk beras atau wang tunai sebanyak RM 20.00 sekampit di surau Darul Atiq atau AKAUN BANK RAKYAT : 22-082-120811-4
atau hubungi

Ustaz mohd Isadli Hafizie Ismail -penasihat surau
Hamzah Abdullah _bendahari surau
Azman Osman- AJK Ekonomi Surau
Masni Osman- Bendahari Surau

Sunday 25 July 2010

Malam Nisfu Syaaban @ Kad Islam @ pejabat baru

1-Insya Allah Surau darul Atiq akan menganjurkan sambutan malam nisfu Syaaban pada hari selasa ini..
malam nisfu Syaaban ialah malam pertengahan bulan syaaban yang akan dipenuhi dengan aktiviti menarik antaranya ialah bacaan yasin, zikir, doa dan tazkirah ringkas....dan yang paling penting ialah jamuan....

2-pada hari jumaat pula pihak surau akan menganjurkan pendaftaran kad islam secara percuma, aktiviti memotret gambar juga dilakukan secara percuma untuk menyempurnakan pengisian borang yang disediakan...

3- bermula hari ini kerja-kerja untuk menyiapkan pejabat baru akan dimulakan...kepada yang ingin menyumbang bolehlah berhubung terus dengan bendahari surau yang sentiasa macho dan cool " Mr Andun@ Encik Masni Osman" atau menghubungi biro Ekononmi dan Kebajikan "Mr Kille@ En Azman" ataupun " Mr Robert@ Hamzah" ataupun saya "Md Isadli" semoga amal kita semua diterima Allah

Thursday 22 July 2010

Aktiviti terbaru Surau Darul Atiq Lanas

Alhamdulillah pada malam ini surau telah dikunjungi oleh 3 orang pekerja dakwah sekitar sook. kami juga telah membuat beberapa ketetapan untuk melancarkan gerak kerja dakwah di Lanas khasnya dan di sekitar zon trusmadi amnya..

pihak jawatankuasa surau juga telah bersetuju untuk menghidupkan semula beberapa program tertangguh dan mengadakan beberapa program baru antaranya :

1- bacaan yasin dari rumah ke rumah setiap malam jumaat bermula pada minggu hadapan

2-mengadakan program penghayatan akidah islamiyyah kepada penduduk sekitar kuit dan Pinipi

3-mengadakan program pendaftaran lewat kepada penduduk islam yang belum mendapatkan kad islam

4- mengadakan beberapa program khas di bulan Ramadhan antaranya :

A)program berbuka puasa di Surau
B)program bubur lambuk setiap jumaat
c)Program solat terawih berjemaah setiap malam di surau
d)program ziarah


5-pihak surau juga bersetuju untuk mengumpul dana untuk mengadakan pejabat surau modal yang di perlukan sebanyak RM 400.00

6-Pihak surau juga bersetuju untuk mengadakan kelas bacaan iqra' dan menambah ruang di sebelah kanan surau dan modal yang di perlukan ialah RM 800.00

7- program zakat dan sedekah darul atiq akan bermula pada awal ramadhan sehingga akhir ramadhan

8-surau juga mengalu-alukan sedekah barangan. antara barangan yang paling di kehendaki ialah ;

a) gula
B) kopi
c)biskut
d) beras kampit
d) kurma

semoga dengan tenaga dakwah yang sedang membara dalam setiap jiwa muslim diLanas pada hari ini akan membantu menyemarakkan Dakwah Islam di sini aminn...

Saturday 10 April 2010

Dapatkan borang Khairat Kematian









BORANG KEAHLIAN
Tabung Khairat Kematian Darul Atiq Lanas

1. Nama Penuh : ………………………………………………………………………..

2. No. Kad Pengenalan : ………………………………………………………………………..

3. No. Telefon : (R) ………………… (H/p) : ………………. (Pej) : ………………

4. Alamat Rumah : ………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………..

5. Pekerjaan : ……………………………..

6. Tanggungan Saya : ………………………………………………………………………..

Bil Nama No. KP Jantina Umur Pertalian
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Saya dengan ini bersetuju menyertai Tabung Khairat Kematian Darul Atiq, Surau Darul Atiq, Lanas mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.


……………………………………………. …………………………………………
Tandatangan Pemohon Tarikh



URUSAN AJK TABUNG KHAIRAT KEMATIAN SURAU DARUL ATIQ


Permohonan ini diluluskan/tidak diluluskan


………………………………………….
T.T. Pengerusi/Setiausaha Khairat Kematian

No Ahli : KKDA/_________



Tarilkh : …………………………………………

Tuesday 6 April 2010

kursus pengurusan jenazah surau Darul Atiq Lanas




KURSUS PENGURUSAN JENAZAH



1.0 MUKADDIMAH

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain .Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Atas rasa tanggungjawab membantu masyarakat Islam memahami pengurusan tersebut maka Surau Darul Atiq Lanas mengambil langkah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah untuk masyarakat Islam Sekitar Batu Lungguyan sehingga Kampung Sinua . Diharapkan dapat membantu mereka dalam memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim .

Selaras dengan usaha peningkatan ilmu dan amalan penghayatan Islam dikalangan guru – guru , Panitia Pendidikan Islam amat berharap dengan mengadakan Program ini, sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan ke arah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.



2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang telah digariskan adalah :

1. Membolehkan setiap muslim memahami dan dapat menguruskan jenazah secara amali
2. Supaya masyarakat Islam dapat terlibat secara langsung dalam bengkel yang dianjurkan dan memupuk silaturahim dikalangan mereka
3. Mewujudkan kerjasama dikalangan masyarakat Islam
4. Menambah ilmu pengetahuan kepada masyarakat setempat.



3.0 SASARAN

1-Program ini terbuka kepada semua masyarakat Islam yang berminat
2-Dua orang peserta wakil dari setiap kampung



4.0 TARIKH PERLAKSANAAN

17 april 2007 (sabtu)






5.0 TENTATIF PROGRAM



8.00 pagi :Pendaftaran

9.00 – 10.30 pagi : Ceramah 1 ( panduan melawat dan memandikan
Jenazah )
Oleh : Ustaz Romzan Ghazila

10.30- 10.40 pagi : Rehat dan minum pagi

10.40 – 12.00 tengah hari : Ceramah 2 (mengkafankan jenazah : panduan dan praktikal )
Oleh : Ustaz Ayub Selamat

12.00-2.00 petang : makan tengahari, solat zohor

2.00-3.00 petang : Ceramah 3 (solat jenazah dan pengebumian)
Oleh : Ustaz Fairuz Sahirin

3.00-3.30 petang : majlis penutup dan penyampaian sijil
Oleh : Dato’ Abd Ghani Mohd Yasin
Ketua Bahagian Umno Pensiangan

3.30-4.40 petang : Solat Asar dan minum petang

5.00 petang : bersurai

















6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA




Penasihat : En Osman Bin Abdullah
Pengarah : En Yusri Bin Abdullah
Timbalan Pengarah : En Azman Bin Osman
Setiausaha : En Hamzah Bin Abdullah
Bendahari : Pn Rosmi Binti Linggi

AJK pengisian dan Ceramah : Ustaz Mohd Isadli Hafizi Ismail
En Barani Bin Limbuos

AJK Persiapan tempat : En Marami Bin Gulmau
En Owin Bin Timbangan
En Hasrul Bin Kamis
En Hamyrol Bin Owin
En Hanafi Bin Hamzah
En Azwan Bin Abdullah
En Yazid@Romeo Bin Ukau

AJK Makanan Dan Minuman : En Masni Bin Osman
Pn Anita Bt Kaminsang

AJK Sijil dan cenderahati : Pn Amnah Bt Matni
En Hazrul Bin Owin
En Saufin Bin Linggi

AJK Tugas-tugas Khas : En Jupilin @Hafiz Bin Abdullah
En Fauzi Bin Mangop
En Afnan bin Edward
En Syaufi bin Linggi

AJK Teknikal dan Siaraya : En Hamirullah Bin Wasli
En Khairul Nizam Bin Abdullah
En Mohd Nizam Bin Yusri





7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Anggaran
1 Sarapan pagi (RM 2 x50 orang) RM 100.00
2 Makan tengahari (RM 4 x 50 orang) RM 200.00
3 Minum Petang (RM 2 x50 orang) RM 100.00
4 Saguhati penceramah (RM 100x3 orang) RM 300.00
5 Fotostat bahan edaran dan fail RM 250.00
6 Set alat kelengkapan RM 200.00
7 Duit Minyak Peserta (RM 10 x50 orang) RM 500.00
8 Awasan RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1750.00






8.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di dalam memenuhi tanggungjawab sebagai muslim . Disamping dapat menambah ilmu pengetahuan fardhu kifayah .






















ULASAN DAN SOKONGAN

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



-------------------------------------------- Tarikh : -------------------------
( )

Tuesday 9 February 2010

minggu menambah keceriaan

pada minggu ini warga surau sibuk menghias laman...
antara yang akan dilakukan ialah :

1-paip baru
2-mimbar yang lebih selesa
3-khat dan hiasan
4-tanaman bunga
5- pintu pagar utama


keceriaan asas ketenangan hati.....

Saturday 6 February 2010

MESYUARAT TERGEMPAR SURAU


Selesai sahaja sembahyang maghrib, pengerusi mengeluarkan arahan supaya mengadakan mesyuarat khas serta merta untuk menaik taraf, menmperindah dan menceriakan surau Darul Atiq.antara yang telah dibincangkan ialah :

1-pembaikian pagar = tindakan Ustaz Isadli dan En Azman

2- Pembaikan mimbar =En Hamzah dan En Osman

3-Penanaman Bunga = semua ahli jemaah wanita bertanggungjawab

3- pembaikian paip dan lanskap dari buluh = En Masni dan En Hazrul

4-Mencari buluh di sekitar hutan berdekatan = En Hasrol dan En Syaufi

mesyuarat juga bersetuju agar dana digerakkan untuk mencari peruntukan zink untuk penambahan surau.manakala kayu akan digergaji sendiri oleh ahli surau..


sebarang bantuan amat dialukan

LAWATAN MUHIBAH KE SURAU DI MANSIAT AMAT BERJAYA






Majlis penyampaian bantuan kepada fakir miskin dan saudara baru


pengisian utama program ialah tazkirah berkaitan aqidah islamiyyah oleh Ustaz Mohd Isadlihafizie Ismail



surau mansiat menggamit memori



rombongan Surau Darul Atiq,empat buah kereta, 15 orang peserta



barisan belia yang bakal mengimarahkan aktiviti dakwah di Mukim Lanas



mesyuarat kerjasama antara kedua surau berlangsung dalam suasana penuh kemesraan,antara yang dibincangkan ialah penubuhan sekretariat Dakwah Mukim Lanas, Penubuhan Tabung Khairat Kematian,Program memanjat gunung dan hari keluarga Islam mukim Lanas

Monday 1 February 2010

LAWATAN MUHIBAH KE SURAU DI MANSIAT


PROGRAM TERBARU SURAU DARUL ATIQ IALAH :

LAWATAN MUHIBBAH KE SURAU KG MANSIAT,LAWATAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA UMMAT ISLAM ZON TRUSMADI, DAN MERANCANG PROGRAM BERSAMA ANTARA KEDUA-DUA SURAU TERBABIT....

LAWATAN AKAN DILAKUKAN PADA : 5 FEBRUARI 2010


SEMUA YANG BERMINAT DI JEMPUT HADIR

Wednesday 20 January 2010

MESYUARAT AGUNG SURAU DARUL ATIQ Sesi 2010-2012

Mesyuarat agung surau darul atiq sudah telah diadakan seperti ketetapan berikut : masa : 3.30 petang
Tempat : Surau Darul Atiq Lanas
Kehadiran : 20 orang
Hari : Khamis
Tarikh : 14 Januari 2010

Berikut adalah senarai ahli Jawatankuasa yang terpilih :
Penasihat : Ustaz Mohd Isadlihafizie Ismail
Pengerusi : En Osman Bin Abdullah
Timbalan Pengerusi : En Yusri Bin Abdullah
Setiausaha : En R.Hamzah Bin Abdullah
Timbalan setiausaha : Cik Rosmi Bt Linggi
Bendahari : En Masni Bin Osman

Biro Dakwah dan Kebajikan : En Azwan Bin Abdullah
Biro Ekonomi : En masni Osman
Biro Pembangunan dan Keceriaan : En Marami Bin Gulmau
Biro Hal Ehwal Muslimat : Cik Rosmi Bt linggi
Biro Sukan Dan Rekreasi : En hamyrol Bin Owin