Thursday 22 July 2010

Aktiviti terbaru Surau Darul Atiq Lanas

Alhamdulillah pada malam ini surau telah dikunjungi oleh 3 orang pekerja dakwah sekitar sook. kami juga telah membuat beberapa ketetapan untuk melancarkan gerak kerja dakwah di Lanas khasnya dan di sekitar zon trusmadi amnya..

pihak jawatankuasa surau juga telah bersetuju untuk menghidupkan semula beberapa program tertangguh dan mengadakan beberapa program baru antaranya :

1- bacaan yasin dari rumah ke rumah setiap malam jumaat bermula pada minggu hadapan

2-mengadakan program penghayatan akidah islamiyyah kepada penduduk sekitar kuit dan Pinipi

3-mengadakan program pendaftaran lewat kepada penduduk islam yang belum mendapatkan kad islam

4- mengadakan beberapa program khas di bulan Ramadhan antaranya :

A)program berbuka puasa di Surau
B)program bubur lambuk setiap jumaat
c)Program solat terawih berjemaah setiap malam di surau
d)program ziarah


5-pihak surau juga bersetuju untuk mengumpul dana untuk mengadakan pejabat surau modal yang di perlukan sebanyak RM 400.00

6-Pihak surau juga bersetuju untuk mengadakan kelas bacaan iqra' dan menambah ruang di sebelah kanan surau dan modal yang di perlukan ialah RM 800.00

7- program zakat dan sedekah darul atiq akan bermula pada awal ramadhan sehingga akhir ramadhan

8-surau juga mengalu-alukan sedekah barangan. antara barangan yang paling di kehendaki ialah ;

a) gula
B) kopi
c)biskut
d) beras kampit
d) kurma

semoga dengan tenaga dakwah yang sedang membara dalam setiap jiwa muslim diLanas pada hari ini akan membantu menyemarakkan Dakwah Islam di sini aminn...

No comments:

Post a Comment