Saturday 7 August 2010

Warga Islam terbaru Lanas -Nur Aliya Misra











Alhamdulillah..

pada hari ini(7-08-2010) sekitar jam 3.00 petang telah diadakan satu majlis pengislaman Saudara baru iaitu Saudari Misra.. selamat di Islamkan dengan nama barunya yang di persetujui ialah Nor Alya Misra...semoga dengan penambahan ini akan mendatangkan berkat dan kegemilangan kepada cahaya Islam di lanas...InsyaAllah

mencari kayu di hutan untuk membuat penambahbaikan surau











Assalamualaikum..

Demi memenuhi aspirasi agama untuk melahirkan generasi bertaqwa...Pihak pengurusan Darul atiq sudah sebulat suara bersetuju untuk mewujudkan sebuah kelas agama merangkap serambi surau...kelas agama ini akan dibina seringkas mungkin..menggunakan kayu yang akan di cari di hutan berdekatan dan akan menggunakan lantai buluh...memandangkan pihak kami masih belum mempunyai sebarang dana untuk membangunkan kelas ini...mungkin ia akan tergendala, tetapi kami akan sedaya upaya untuk berusaha mendapatkan dana tersebut....

antara yang kami paling perlukan ialah paku dan zink sekitar 50 keping..

kepada yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Ustaz mohd isadli melalui emailnya : tulisbaca83@yahoo.com....

Thursday 5 August 2010

Kembara Dakwah









salam

Antara program yang telah berjalan dan akan sentiasa berjalan di Surau Darul Atiq ialah program Kembara Dakwah..program ini bertujuan memberikan kefahaman Islam kepada masyarakat belum Islam* di samping menunjukkan akhlak yang mulia kepada warga belum Islam dengan menziarahi kediaman mereka dan bertanya khabar.Dan yang paling penting mereka akan dijelaskan tentang keindahan dan keistimewaan Islam yang lengkap.. semoga program ini akan terus berlangsung dan berlaku InsyaAllah...

* Jawatankuasa Surau bersetuju untuk menukarkan istilah Bukan Islam kepada Belum Islam

Monday 2 August 2010

MESYUARAT KHAS SURAU

insyaAllah satu mesyuarat khas surau akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

tarikh :04-08-2010
masa: lepas isyak
tempat:surau

agenda:
1-ucapan pengerusi
2-menentukan tarikh gotong royong penambahan surau
3-perbincangan kad islam /kad nikah islam kawasan Lanas
4-membincangkan aktiviti sepanjang Ramadhan

semua ummat islam dijemput

tukang ajak
HAMZAH

Sunday 1 August 2010

SAUDARA BARU DARUL ATIQ-BAKAL TETAMU BARU RAMADHAN

Alhamdulillah...Dengan rahmat dan hidayah Allah bulan Ramadhan pada tahun ini cukup bermakna untuk dua warga baru Surau darul Atiq iaitu saudara Mohd Harmi bin Naring dan Saudara Hazirul Bin Kamis...kerana pada tahun ini mereka telah dipilih oleh Allah untuk menjadi muslim...



Mohd Harmi selamat di syahadahkan pada 27 Julai 2010




Saudara Mohd Hazirul selamat di islamkan pada 1 Ogos 2010...