Thursday 29 July 2010

PROGRAM KEMBARA YASIN

Alhamdulillah...program kembara yasin telah dirasmikan pada malam ini ( Jumaat 29 Julai 2010)..rumah pertama yang dilawati ialah rumah En Eson Bin Lupan

Pihak Pentadbiran Surau Darul Atiq mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang telah memberi sumbangan makanan untuk di jamu di akhir majlis tersebut...

antara tetamu yang menjayakan majlis tersebut ialah :
1- Azman Osman
2- Masni Osman
3- Hamzah Abdullah
4- Hazrul Owin
5-Mohd Harmi Naring
6-Mohd Isadlihafizie Ismail
7-Romie Kamis
8-Azmeer Osman
9-En Eson Lupan Sekeluarga
10-Syafiz Masni
11-Mohd Fikri Razi hamzah
12-Nandy

InsyaAllah majlis ini akan di teruskan setiap malam jumaat dengan mengembara di setiap rumah muslim setiap malam jumaat....soal makan jangan risau...surau akan sediakan......

PROGRAM SEKAMPIT BERAS UNTUK SAUDARA KU

ALHAMDULILLAH....pihak pengurusan surau Darul Atiq bersetuju untuk melancarkan program sekampit beras untuk saudaraku dengan tema....


" SEKAMPIT REZEKI SEJUTA SENYUMAN "

beras akan diberikan kepada saudara baru, masyarakat islam yang miskin dan mereka yang tidak berkemampuan...

sumbangan boleh dihulurkan samada berbentuk beras atau wang tunai sebanyak RM 20.00 sekampit di surau Darul Atiq atau AKAUN BANK RAKYAT : 22-082-120811-4
atau hubungi

Ustaz mohd Isadli Hafizie Ismail -penasihat surau
Hamzah Abdullah _bendahari surau
Azman Osman- AJK Ekonomi Surau
Masni Osman- Bendahari Surau

Sunday 25 July 2010

Malam Nisfu Syaaban @ Kad Islam @ pejabat baru

1-Insya Allah Surau darul Atiq akan menganjurkan sambutan malam nisfu Syaaban pada hari selasa ini..
malam nisfu Syaaban ialah malam pertengahan bulan syaaban yang akan dipenuhi dengan aktiviti menarik antaranya ialah bacaan yasin, zikir, doa dan tazkirah ringkas....dan yang paling penting ialah jamuan....

2-pada hari jumaat pula pihak surau akan menganjurkan pendaftaran kad islam secara percuma, aktiviti memotret gambar juga dilakukan secara percuma untuk menyempurnakan pengisian borang yang disediakan...

3- bermula hari ini kerja-kerja untuk menyiapkan pejabat baru akan dimulakan...kepada yang ingin menyumbang bolehlah berhubung terus dengan bendahari surau yang sentiasa macho dan cool " Mr Andun@ Encik Masni Osman" atau menghubungi biro Ekononmi dan Kebajikan "Mr Kille@ En Azman" ataupun " Mr Robert@ Hamzah" ataupun saya "Md Isadli" semoga amal kita semua diterima Allah

Thursday 22 July 2010

Aktiviti terbaru Surau Darul Atiq Lanas

Alhamdulillah pada malam ini surau telah dikunjungi oleh 3 orang pekerja dakwah sekitar sook. kami juga telah membuat beberapa ketetapan untuk melancarkan gerak kerja dakwah di Lanas khasnya dan di sekitar zon trusmadi amnya..

pihak jawatankuasa surau juga telah bersetuju untuk menghidupkan semula beberapa program tertangguh dan mengadakan beberapa program baru antaranya :

1- bacaan yasin dari rumah ke rumah setiap malam jumaat bermula pada minggu hadapan

2-mengadakan program penghayatan akidah islamiyyah kepada penduduk sekitar kuit dan Pinipi

3-mengadakan program pendaftaran lewat kepada penduduk islam yang belum mendapatkan kad islam

4- mengadakan beberapa program khas di bulan Ramadhan antaranya :

A)program berbuka puasa di Surau
B)program bubur lambuk setiap jumaat
c)Program solat terawih berjemaah setiap malam di surau
d)program ziarah


5-pihak surau juga bersetuju untuk mengumpul dana untuk mengadakan pejabat surau modal yang di perlukan sebanyak RM 400.00

6-Pihak surau juga bersetuju untuk mengadakan kelas bacaan iqra' dan menambah ruang di sebelah kanan surau dan modal yang di perlukan ialah RM 800.00

7- program zakat dan sedekah darul atiq akan bermula pada awal ramadhan sehingga akhir ramadhan

8-surau juga mengalu-alukan sedekah barangan. antara barangan yang paling di kehendaki ialah ;

a) gula
B) kopi
c)biskut
d) beras kampit
d) kurma

semoga dengan tenaga dakwah yang sedang membara dalam setiap jiwa muslim diLanas pada hari ini akan membantu menyemarakkan Dakwah Islam di sini aminn...